Wednesday, 27 March 2013

Stanza 1


Cuaca redup dan berangin.Kawasan sekolah kelihatan tenang seperti biasa.Loceng menandakan waktu rehat berdering.Para pelajar segera keluar dari kelas masing2 dan meluru ke kantin mahupun ke mana saja.Namun di dalam salah sebuah kelas di sekolah tersebut,kelihatan seorang pelajar perempuan mendekati kawan perempuannya yang sedang tekun membuat kerja sekolah.
            “Angel,aku nak ke kantin.Lapar laa…Nak ikut?”,kata Ashley sambil membetulkan rambut panjangnya.
            “Oh,tak pelah…Kau pergi jelah…Aku tak lapar…”,jawab Angel yang sibuk meneruskan kerjanya.
            “Betul ni??”
            “Betul…”,kata Angel dengan senyuman.
            “Aku pergi ni..Tak nak pesan apa2 ke?”
            “Tak…Pergi2…Hehe..”.Angel tertawa kecil.
            “Okay…”,jawab Ashley sambil tersenyum lalu keluar dari kelas dan berjalan menuju ke kantin.Angel meneruskan lagi kerjanya.Tidak lama kemudian,seorang pelajar lelaki datang mendekatinya.
            “Budak pintar!Kenapa tak makan?”,soal Ethan.Ethan menarik sebuah kerusi lalu duduk di hadapan meja Angel.
            “Tak lapar laa..Lagi satu,kenapa awak datang ke kelas saya ni??”,kata Angel sambil membuat kerja.
            “Laa..Saya sedar laa saya ni budak kelas bawah,tak layak datang kelas bagus cam ni..”,jawab Ethan dengan nada merajuk.Angel berhenti membuat kerjanya dan memandang wajah Ethan.Ethan tersenyum lalu ketawa.
            “Jangan laa buat muka cam tu..Saya datang sebab saya nak melawat teman wanita saya...Salah ke?”
Angel menunjukkan muka seakan-akan tidak percaya dengan kata2 Ethan.
            “Okay2…petang ni saya ada latihan bola keranjang sampai pukul 3…Tapi…”.Ethan menundukkan kepala lalu mengeluh.
            “Tapi…?”
            “Tapi saya nak balik dengan awak..”,jawab Ethan lalu menongkatkan dagunya di hadapan Angel.
            “Kenapa buat muka macam ni??”,soal Angel sambil mencucuk dahi Ethan menggunakan hujung batang pensel.
            “Tunggu laa saya tamat latihan…Kita balik sama2..ye,Angel??Boleh laa..”.Ethan menggoncang-goncangkan badan Angel sebagai tanda memujuk.Angel tersenyum dan memegang kedua-dua belah pipi Ethan.
            “Tak..Nak…!”
            “Boleh laa..Boleh laa..”,kata Ethan sambil memegang tangan Angel.
            “Saya sibuklah..”,jawab Angel lalu menarik tangannya dari pegangan Ethan.Ethan memeluk tubuhnya dan memandang tajam kearah Angel.
            “Bahaya tau…Balik sorang2…”
            “Tak takut..”.Angel meneruskan kerjanya semula.Ethan tersenyum sinis lalu menarik laju buku latihan Angel.Ethan ketawa puas.
            “Hahaha!Buku ni tebusan saya!Kalau awak tak nak tunggu saya,saya takkan bagi balik buku awak ni!”
Angel dengan geramnya cuba merampas kembali buku latihannya.
            “Ethan!Bagilah balik!Awak ni macam budak2 laa!!”
            “Tak nak!”
            “Bagi balik!!”
Ethan memegang dahi Angel serta mendekatkan mukanya ke muka Angel.
            “Tunggu saya atau lihat buku ni tanggung akibatnya…”
Angel merenung tajam Ethan.
            “Awak takkan berani…”
            “Ye..Saya berani…”,kata Ethan lalu berlari keluar dari kelas Angel.
            “Ethan!!”
            “Angelica William,awak tertangkap!”,jerit Ethan sambil ketawa.Angel mengeluh.
            “Comel betullah korang ni…”,sergah Ashley sambil ketawa kecil.Angel terperanjat.
            “Kau ni..Buat aku terkejut je..”
            “Siapa sangka dari kawan boleh jadi couple..Menangis air mata darah perempuan lain bila dengar Ethan dah dihakmilikkan..”
Angel duduk di kerusinya semula sambil mengemas alat tulisnya.
            “Cerita lama laa..Dah 2 tahun kitorang couple..And yes!Aku tau..Dulu,waktu mula2 couple,semua perempuan jeling aku..Tapi,aku hairan laa..Kenapa diorang suka sangat kat Ethan?Tak bijak..Tak kacak…”
            “Dia kacaklah..Tak bijak tu betul..Hahaha..”,kata Ashley lalu duduk di tempatnya.
            “Ye2..Dia kacak..Tinggi..Tapi yang paling aku suka kat dia,dia kelakar,baik hati dan ambil berat pasal orang lain..Tu yang aku tak dapat nak resist tu..”.Angel tertawa kecil sambil mengeluarkan buku untuk mata pelajaran seterusnya.
            “Okay2..dia memang satu pakej lengkap..”,ujar Ashley sambil ketawa.
Pelajar2 lain mula menyerbu masuk ke kelas.Loceng menandakan waktu rehat tamat berdering.
* * * * * *
Jam menunjukkan pukul 1.30 petang.Angel berjalan menuju ke gelanggang bola keranjang sekolahnya sebaik sahaja selesai mengemas buku2 kerjanya.Kelihatan  kelibat Ethan dan kawan-kawannya yang sedang bersiap sedia untuk memulakan latihan.Angel berjalan mendekati Ethan.
            “Angel!Awak datang jugak!Saya tau awak pasti datang…”,kata Ethan sambil ketawa.Angel meghulurkan tangannya.
            “Bagi balik buku saya…”
            “Tak…sehingga saya tamat latihan..”,jawab Ethan lalu meletakkan sebiji gula2 ke atas tapak tangan Angel dan berlari masuk ke gelanggang..Angel mengeluh.
            “Sejak bila dia ni dah jadi pandai sangat??”
Angel duduk di bangku berhampiran gelanggang itu sambil memerhatikan Ethan menjalani latihannya.Angel mengeluarkan telefon bimbitnya serta menaip sesuatu.
            “Ibu…Angel balik lewat..Ada aktiviti di sekolah..Okay!Sent!”
Salah seorang junior dalam kelab bola keranjang itu datang menghampiri Angel.Junior tersebut mengeluarkan sekuntum bunga melur dan memberikannya kepada Angel.
            “Untuk Kak Angel…”
Angel tersenyum berat.
            “Aaa…Okay..Hehe..Terima kasih..”
            “Kak Angel,Kak Angel tau tak yang Kak Angel ni cantik sangat?Buat hati saya berdegup kencang setiap kali saya memandang Kak Angel..”,kata Junior sambil memegang dadanya.Angel ketawa kecil.
            “Ye ke?Hahaha..comellah awak ni…”
            “Comel??Kak Angel kata saya comel???Saya betul2…”
Tiba2,seseorang datang dan menolak kepala junior tersebut.
            “Kau nak mengorat teman wanita senior kau sendiri ke??”,kata Ethan dengan nada yang keras.
            “Abang Ethan!Tak2!!Saya…Saya…!”
Ethan menolak junior itu ke tepi lalu duduk di sebelah Angel.
            “Kau tu baru 15 tahun..Kitorang ni dah masuk 17 tahun..Jadi,mengoratlah perempuan yang sebaya dengan kau,okay?Pergi2…”
            “Apa salahnya?Cinta tu tak mengira usia..Betul kan??”,celah Angel.
            “Memang betul tu,Kak Angel!Saya setuju!”
Ethan lantas mengetap bibirnya tanda geram.
            “Aishh!Budak!Kau nak mati ke?!Pergi!!”,marah Ethan lalu menendang punggung junior tersebut.Junior itu beredar dengan muka yang tidak berpuas hati.Angel hanya ketawa berdekah-dekah.Ethan memandang Angel.
            “Seronok sangat ke??Lucu sangat ke??”
Angel memegang perutnya dan menahan ketawa.
            “Ye..Seronok sangat..Lucu sangat..”
            “Pepandai dia je cakap awak ni cantik..”,ujar Ethan lalu merenung kearah lain.
            “Kenapa??Saya tak cantik ke?”,soal Angel sambil memerhati raut wajah Ethan.
            “Tak..Awak tak cantik…Awak comel…”
            “Cehh..awak cemburu ke??Takkan laa dengan budak cam tu pun awak nak cemburu?”.Angel mencucuk-cucuk pipi Ethan.
            “Siapa cakap??Tolonglah…”.Ethan melihat bunga yang di pegang oleh Angel. “Aishh!Bunga apa ni?!”,kata Ethan lantas merampas bunga dari tangan Angel.
            “Eh!Bagi balik!Cantiklah bunga tu!”
            “Alah..dia kutip ni kat tepi padang sana tu laa…melambak!”.Angel memandang Ethan sambil tersenyum.Ethan merenung Angel kembali.
            “Kenapa??”
            “Saya suka bila awak macam ni…”
Ethan berdehem.
            “Saya sambung latihan dulu..”kata Ethan lalu meletakkan bunga tersebut di atas kepala Angel dan berlari pergi.
Angel mengambil bunga dari atas kepalanya dan tersenyum.Angel gembira kerana memiliki teman lelaki seperti Ethan.Minit berlalu dan Angel masih duduk menunggu sehingga Ethan selesai menjalani latihannya.
* * * * * *
Angel menunggu Ethan di luar bilik persalinan lelaki.Angel tersenyum sambil membaca mesej2 di dalam telefon bimbitnya.Entah dari mana,junior yang sebelum ini datang lagi mendekati Angel.
            “Kak Angel…”
            “Ahh!Terkejut aku!”
            “Maafkan saya jika saya sudah mengejutkan Kak Angel..Tapi,Kak Angel tau tak yang senyuman Kak Angel membuat jantung saya berdebar-debar?”
Angel kehairanan.
            “Oh,ye ke?Saya tak tau pun…”
Junior tersebut memandang Angel.Angel hanya memandang junior tersebut dengan wajah kehairanan.
            “Comelnya!!”,jerit junior tersebut secara tiba2.
Ethan mendekati mereka lalu segera memusingkan kepala juniornya itu.Juniornya mengaduh.
            “Ah!Ah!!Sakitlah!Abang Ethan!!Ah!Ah!!Sakit2!!”
            “Sakit??Hati aku lagi sakit..Kau ni tak serik2,kan?!”,bentak Ethan dengan pandangan yang tajam.
            “Ethan..sudahlah tu..dia main2 je tu..”.Angel cuba menarik tangan Ethan dari kepala junior tersebut.
            “Kak Angel!Saya serius!Saya tak main2!”
            “Apa?!!”Ethan memusingkan kepala junior itu dengan lebih kuat.Angel sekali lagi cuba meredakan kemarahan Ethan.
            “Ishh..Ethan..Dahlah tu..Anak orang tu..Lepaskan dia…”
Ethan melepaskan kepala juniornya.Junior itu menggosok-gosok lehernya.
            “Ah..Sakitlah..Kalau leher saya cedera,cam mana saya nak main bola keranjang?!”
            “Jangan main!Pergi mengorat je!”.Ethan menarik Angel ke sisinya. “Perempuan ni,aku yang punya!Faham?!”
            “Saya takkan mengalah!!”,kata junior tersebut lalu berlari meninggalkan mereka.Ethan cuba mengejar junior itu namun dihalang oleh Angel.
            “Budak tak guna!!”,marah Ethan.
            “Dahlah..Jom balik..Jangan pedulikan dia..”,pujuk Angel sambil menarik tangan Ethan.Ethan muram dan berdiam diri sahaja.
            “Ethan,saya lapar…”
Ethan tersentak.
            “Awak lapar?!Yelah!Awak tak makan apa2 lagi kan?!Teruknya saya ni!Jom!Kita cari benda yang awak boleh makan!”,kata Ethan lalu menarik tangan Angel dengan segera.Angel tersenyum.
            “Patutlah awak ni makin hari makin kecil dan kurus saya tengok!Macam manalah saya boleh lupa!”
Angel hanya mampu tersenyum memerhatikan Ethan membebel seperti itu.Angel gembira kerana Ethan mengambil berat tentang dirinya dan bersyukur Ethan ada untuknya.
* * * * * *
Angel masuk ke kelasnya,A1seperti biasa.Angel meletakkan begnya di atas kerusi.Ashley datang mendekati Angel.
            “Selamat pagi,Angel!”,ujar Ashley dengan senyuman.
            “Selamat pagi..Ash,Eve dah sampai ke?”
            “Entahlah..Dia kan kelas D4..Manalah aku tau..”
            “Aku nak pulangkan dia buku ni..Hari tu aku nak bagi balik,tapi terlupa pula..”,kata Angel sambil mengeluarkan sebuah buku.Ashley mengambil buku tersebut dari tangan Angel.
            “Puzzle??Buku apa ni??”
Angel mengambil semula buku itu dari pegangan Ashley.
            “Hanya orang yang rajin baca buku je tau..”
            “Okay..”
            “Dahlah..aku nak pergi kelas Eve..”
            “Kejap2!Aku nak ikut!Aku nak jumpa Zaria juga!”,kata Ashley lalu mengikut langkah Angel.Angel dan Ashley bergerak keluar dari kelas mereka menuju ke kelas D4.
            “Yelah..Rasanya kita dah lama tak lepak sama2,kan?Semua orang sibuk prepare untuk ‘Final Exam’ tu,kan?”,keluh Angel.
            “Ha’ah..sekarang ni bulan Mac..Jadi,tinggal 8 bulan je lagi..Takut juga aku..”
Angel tersenyum mendengar kata-kata Ashley sambil melangkah masuk ke kelas Eve.
            “Eve!Zaria!Selamat pagi…!”,laung Ashley lalu berlari ke meja Eve dan Zaria.Sedang Angel berjalan,tiba2 seseorang menghalang laluan Angel menggunakan kakinya.
            “Hai…Baru je jumpa tadi,takkan dah rindu kot..?”,usik Ethan.Angel tersenyum sinis.
            “Alihkan kaki awak..”
            “Ehh…Ni kelas saya..Suka hati sayalah..Awak nak apa jumpa saya ni??”
Angel ketawa sinis.
            “Perasannya awak ni!Siapa cakap saya nak jumpa awak?..”. Angel menjeling ke arah Ethan. “Alihkan kaki awak…”.Ethan tetap bertegas untuk tidak mengalihkan kakinya.
            “Awak tak nak alihkannya?”,kata angel dengan nada yang serius.
            “Okay…”,jawab Ethan lalu mengalihkan kakinya.Angel menjeling tajam lalu berjalan menuju ke meja Eve.
            “Eve,sorrylah…Lambat pulangkan buku ni…”. Angel menghulurkan buku tersebut kepada Eve.
            “Tak de apa2lah…”,jawab Eve lembut.
            “Eve tetap macam dulu..Tak banyak cakap..Zaria pun sama..Tetap macam dulu..Tak berminat dengan lelaki..Korang ni kan…!”
            “Ashley tetap macam dulu..Banyak cakap dan selalu bertukar teman lelaki…”,celah Zaria yang mengejek Ashley dengan nada yang selamba.
Ashley mengetap bibirnya,geram.Angel hanya ketawa melihat telatah kawan2nya.Ashley menjeling Angel.
            “Kau ketawa,Angel??”
            “Kelakar laa..hahaha..”
            “Korang datang nak buat kecoh je ke??”,kata Zaria sambil meneguk air minumannya.
Ashley membalas,
            “Ya2..Kami pergilah ni..Dia ni..Cakap main lepas je…”
Tiba2 kedengaran suara membebel.Semua menoleh mencari suara itu.
            “Apa yang kau membebel pagi2 lagi ni,Keith?Tak sahlah kalau kau tak buat bising pagi2 cam ni..”,tegur Ethan.
            “Ethan!Kau tengok ni!Kau tengok majalah ni! ‘TEMAN LELAKI ELVY DIKENALPASTI!’..!”,kata sahabat baik Ethan itu dengan wajah yang tidak berpuas hati.
Ashley berjalan mendekati Keith yang sibuk membebel.
            “Kau ni tak habis2 dengan Elvy ni!Apa cerita kali ni??”
            “Tengok2!!Gambar teman lelaki dia!Aishh!Taklah kacak pun!”,tegas Keith yang masih tidak berpuas hati.Angel datang menghampiri Ashley dan Keith.Ashley lantas merampas majalah dari tangan Keith.
            “Wow!Tak kacak??Gila ke??Kacak giler laa!!Macam modellah!Dia model juga ke?”.
            “Tak tau..Diorang cuma siarkan gambar tu je..Tak de maklumat pun tentang lelaki tu.Ahh..Betul ke tu teman lelaki dia?Frust betul aku…”,kata Keith lalu mengeluh panjang.
            “Apa yang kau minat sangat kat Elvy tu??Taklah cantik sangat..”,soal Ethan.
            “Tapi cantik juga kan??Haaa….”
            “Angel,kacak kan??Lelaki ni kacak kan??”,soal Ashley kepada Angel yang berdiri di sebelahnya.
            “Aaa…Kacaklah juga…”. Angel tersenyum.Ethan menjeling tajam.
            “Hey2..Siapa yang awak kata kacak tu??Kat sini…!Orang kat sini jauh lebih kacak!”,kata Ethan sambil menunjuk dirinya.Ashley meletakkan majalah di atas meja.
            “Jom pergi Angel..Loceng dah nak berbunyi..”,pelawa Ashley.
            “Okay..”. Angel hanya mendengar kata2 Ashley dan berjalan pergi keluar dari kelas D4.Ethan bangun dari kerusinya.
            “Hey,orang kat sini jauh lebih kacak tau!!Kat sini!!Aishh…”,jerit Ethan.
            “Dia dah pun pergi…”,kata Keith selamba,sambil membaca majalah.Ethan menjeling geram ke arah Keith.
* * * * * *
Jam menunjukkan tepat pukul 1petang.Loceng menandakan tamat waktu persekolahan bordering.Semua pelajar terburu-buru mengemas buku masing2 dan ingin segera pulang.Koridor sekolah mula dipenuhi pelajar yang bergegas pulang.
            “Angel!Aku balik dulu..Ada ‘date’..Hehehe..”,kata Ashley sambil tersenyum,melambai-lambai ke arah Angel.
            “Okay..Bye!!”.Angel sibuk mengemas buku2nya.Ketua kelasnya yang berjalan ke pintu kelas untuk balik,terhenti langkahnya.
            “Angel,keluar nanti jangan lupa tutup kipas dan pintu,ye?”
            “Okay!Hati2 ye,ketua kelas!”. Angel menggalas beg sekolahnya lalu menutup tingkap,kipas dan pintu kelas.Angel segera berjalan ke pagar utama sekolah.Angel memandang sekeliling.Matanya liar mencari sesuatu.Tiba2 seseorang menarik beg galasnya dari belakang.
            “Ahh!!”. Angel tersentak dan seketika kemudian menoleh.
            “Awak buat saya tunggu lama…”,rungut Ethan.
            “Sorry laa..Jom!Balik!”. Angel dan Ethan berjalan keluar dari kawasan sekolah.Kedengaran seseorang menjerit memanggil nama Angel.Angel menoleh.
            “Kak Angel!”,jerit junior pada tempoh hari dan memberikan ‘flying kiss’ kepada Angel.Ethan berpura-pura menangkap ‘flying kiss’ tersebut lalu menghancurkannya.Junior itu terdiam.
            “Woah..!Kejamnya!!”,kata junior itu dan segera berlari pergi.Angel tersenyum.
            “Dia betul2 comellah..Siapa nama dia?”,soal Angel.
            “Comellah sangat..Entahlah..Kitorang panggil dia ‘satu’..Sebab dia kurus sangat..Macam nombor 1 pun ada..”. Angel tertawa.
            “Satu?”
            “Ha’ah..Tapi dia pelik kan??”
            “Ya..Dia pelik..Over romantic pun ada..”
            “Kan dah cakap dia tu memang pelik..Saya barulah romantik kan?”
            “Entah..”
Ethan menghantukkan kepalanya dengan kepala Angel.Angel mengaduh sakit.
            “Ahh!!Sakitlah..Keras betul kepala awak tu..”
            “Awak laa yang kepala keras..”
Angel menjeling.
            “Nasib baik awak tinggi..Kalau tak dah lama saya hantukkan kepala awak dengan kepala keras saya ni!”
            “Cubalah 10 tahun lagi..”perli Ethan sambil tersenyum.
            “Awak perli saya ke??”
            “Kenapa??Awak terasa di perli ke??”,kata Ethan dengan nada mengejek.Langkah Angel terhenti dan Angel lantas duduk mencangkung sambil memegang perutnya.
            “Ahh..Laparnya!!”
Ethan segera mencangkung di hadapan Angel dengan wajah serius.
            “Awak lapar ke??Lapar sangat2 ke??Boleh tahan lagi ke?”
Angel tersenyum lalu berkata,
            “Itu memang kelemahan awak kan?”
            “Apa?”
Angel lantas menghantukkan kepalanya dengan kepala Ethan.Ethan mengaduh lalu terduduk.
            “Ahh!!Sakitlah!”
Angel berlari pergi sambil menggosok-gosok kepalanya.
            “Sakit tau!”,jerit Angel lalu ketawa.Ethan menggosok-gosok dahinya.
            “Kalau dah tau sakit,kenapa awak buat juga?!Sakitnya…”. Ethan bingkas bangun dan mula mengejar Angel.Angel menoleh ke belakang dengan pandangan sinis.
            “Saya pendendam,tau…”
Ethan terus mengejar Angel.Ethan memerhatikan Angel berlari sambil ketawa.Ethan berjanji pada dirinya untuk tidak sesekali membiarkan gelak tawa dari wajah Angel pudar tiap kali dia bersamanya.
* * * * * *
Angel membuka pintu pagar rumahnya lalu masuk menuju ke rumahnya.Angel tersenyum melihat Ethan yang turut berjalan menuju ke rumahnya.Rumah Angel hanyalah bersebelahan dengan rumah Ethan.Ethan melambai-lambai ke arah Angel.
            “Jumpa awak esok pagi!”,kata Ethan melalui gerak bibir.Angel tersenyum dan mengangguk tanda ya.
Angel menghampiri pintu rumahnya lalu membuka pintu.
            “Ibu,Angel dah balik!”,kata Angel sambil membuka kasutnya.
            “Oh,Angel dah balik?”,jawab Pn.Rose,ibu kepada Angel.
            “Ya..Eh!Aunty Rina kan?”,soal Angel apabila melihat seorang wanita yang agak berumur duduk bersama ibunya di ruang tamu.
            “Ya..Kali terakhir Angel jumpa dia tahun lepas kan?”
            “Ha’ah..Apa khabar,Aunty?”
Aunty Rina tersenyum melihat Angel.
            “Khabar baik…Angel dah besar dah..Semakin cantik..Tapi,kenapa kurus sangat ni?Ibu tak bagi makan ke?”
            “Tak delah..Mungkin sebab saya yang makan sikit sangat kot…Hahaha..”,jawab Angel sambil tertawa.
            “Apalah adik ni..Takkan laa akak tak bagi dia makan..”,kata Pn.Rose
            “Siapa tahu kan,Angel?”
Angel tersenyum mendengar kata2 Aunty Rina.
            “Okaylah,ibu,Aunty..Angel naik atas dulu…Ibu dan Aunty sembanglah dulu..”. Angel berjalan menuju ke tangga meninggalkan ibunya dan Aunty Rina.Langkah Angel terhenti apabila mendengar bisikan Aunty Rina kepada ibunya.
            “Angel nak ke?Adik dah tak de pilihan lagi ni…”
            “Sabarlah dulu..Akak mesti tanya dia dulu..”
Angel menoleh ke arah ibunya.
            “Ada apa,ibu?”
            “Aaa…Tak..Angel..Ibu nak tanya..”
            “Angel,Angel nak bantu Aunty Rina,kan?”,celah Aunty Rina.Angel terdiam sebentar.
            “Kalau dapat,Angel mesti bantu punya…”,jawab Angel.
Aunty Rina tersenyum girang.
            “Kalau macam tu,Angel sudi tak gantikan tempat Aunty?Jadi pembantu rumah?Buat sementara je…”
Angel terpaku buat seketika.
            “Pembantu rumah??maksud Aunty..Maid?!”
* * * * * *
Next stanza~Stanza 2 . . .

No comments:

Post a Comment