Cuaca redup dan berangin.Kawasan sekolah kelihatan tenang
seperti biasa.Loceng menandakan waktu rehat berdering.Para pelajar segera
keluar dari kelas masing2 dan meluru ke kantin mahupun ke mana saja.Namun di
dalam salah sebuah kelas di sekolah tersebut,kelihatan seorang pelajar
perempuan mendekati kawan perempuannya yang sedang tekun membuat kerja sekolah.
“Angel,aku
nak ke kantin.Lapar laa…Nak ikut?”,kata Ashley sambil membetulkan rambut
panjangnya.
“Oh,tak
pelah…Kau pergi jelah…Aku tak lapar…”,jawab Angel yang sibuk meneruskan
kerjanya.
“Betul
ni??”
“Betul…”,kata
Angel dengan senyuman.
“Aku
pergi ni..Tak nak pesan apa2 ke?”
“Tak…Pergi2…Hehe..”.Angel
tertawa kecil.
“Okay…”,jawab
Ashley sambil tersenyum lalu keluar dari kelas dan berjalan menuju ke kantin.Angel
meneruskan lagi kerjanya.Tidak lama kemudian,seorang pelajar lelaki datang
mendekatinya.
“Budak
pintar!Kenapa tak makan?”,soal Ethan.Ethan menarik sebuah kerusi lalu duduk di
hadapan meja Angel.
“Tak
lapar laa..Lagi satu,kenapa awak datang ke kelas saya ni??”,kata Angel sambil
membuat kerja.
“Laa..Saya
sedar laa saya ni budak kelas bawah,tak layak datang kelas bagus cam
ni..”,jawab Ethan dengan nada merajuk.Angel berhenti membuat kerjanya dan
memandang wajah Ethan.Ethan tersenyum lalu ketawa.
“Jangan
laa buat muka cam tu..Saya datang sebab saya nak melawat teman wanita
saya...Salah ke?”
Angel menunjukkan muka seakan-akan tidak percaya dengan
kata2 Ethan.
“Okay2…petang
ni saya ada latihan bola keranjang sampai pukul 3…Tapi…”.Ethan menundukkan
kepala lalu mengeluh.
“Tapi…?”
“Tapi
saya nak balik dengan awak..”,jawab Ethan lalu menongkatkan dagunya di hadapan
Angel.
“Kenapa
buat muka macam ni??”,soal Angel sambil mencucuk dahi Ethan menggunakan hujung
batang pensel.
“Tunggu
laa saya tamat latihan…Kita balik sama2..ye,Angel??Boleh laa..”.Ethan
menggoncang-goncangkan badan Angel sebagai tanda memujuk.Angel tersenyum dan
memegang kedua-dua belah pipi Ethan.
“Tak..Nak…!”
“Boleh
laa..Boleh laa..”,kata Ethan sambil memegang tangan Angel.
“Saya
sibuklah..”,jawab Angel lalu menarik tangannya dari pegangan Ethan.Ethan
memeluk tubuhnya dan memandang tajam kearah Angel.
“Bahaya
tau…Balik sorang2…”
“Tak
takut..”.Angel meneruskan kerjanya semula.Ethan tersenyum sinis lalu menarik
laju buku latihan Angel.Ethan ketawa puas.
“Hahaha!Buku
ni tebusan saya!Kalau awak tak nak tunggu saya,saya takkan bagi balik buku awak
ni!”
Angel dengan geramnya cuba merampas kembali buku
latihannya.
“Ethan!Bagilah
balik!Awak ni macam budak2 laa!!”
“Tak
nak!”
“Bagi
balik!!”
Ethan memegang dahi Angel serta mendekatkan mukanya ke
muka Angel.
“Tunggu
saya atau lihat buku ni tanggung akibatnya…”
Angel merenung tajam Ethan.
“Awak
takkan berani…”
“Ye..Saya
berani…”,kata Ethan lalu berlari keluar dari kelas Angel.
“Ethan!!”
“Angelica
William,awak tertangkap!”,jerit Ethan sambil ketawa.Angel mengeluh.
“Comel
betullah korang ni…”,sergah Ashley sambil ketawa kecil.Angel terperanjat.
“Kau
ni..Buat aku terkejut je..”
“Siapa
sangka dari kawan boleh jadi couple..Menangis air mata darah perempuan lain
bila dengar Ethan dah dihakmilikkan..”
Angel duduk di kerusinya semula sambil mengemas alat
tulisnya.
“Cerita
lama laa..Dah 2 tahun kitorang couple..And yes!Aku tau..Dulu,waktu mula2
couple,semua perempuan jeling aku..Tapi,aku hairan laa..Kenapa diorang suka
sangat kat Ethan?Tak bijak..Tak kacak…”
“Dia
kacaklah..Tak bijak tu betul..Hahaha..”,kata Ashley lalu duduk di tempatnya.
“Ye2..Dia
kacak..Tinggi..Tapi yang paling aku suka kat dia,dia kelakar,baik hati dan
ambil berat pasal orang lain..Tu yang aku tak dapat nak resist tu..”.Angel
tertawa kecil sambil mengeluarkan buku untuk mata pelajaran seterusnya.
“Okay2..dia
memang satu pakej lengkap..”,ujar Ashley sambil ketawa.
Pelajar2 lain mula menyerbu masuk ke kelas.Loceng menandakan
waktu rehat tamat berdering.
*
* * * * *
Jam menunjukkan pukul 1.30 petang.Angel berjalan menuju
ke gelanggang bola keranjang sekolahnya sebaik sahaja selesai mengemas buku2
kerjanya.Kelihatan kelibat Ethan dan
kawan-kawannya yang sedang bersiap sedia untuk memulakan latihan.Angel berjalan
mendekati Ethan.
“Angel!Awak
datang jugak!Saya tau awak pasti datang…”,kata Ethan sambil ketawa.Angel
meghulurkan tangannya.
“Bagi
balik buku saya…”
“Tak…sehingga
saya tamat latihan..”,jawab Ethan lalu meletakkan sebiji gula2 ke atas tapak
tangan Angel dan berlari masuk ke gelanggang..Angel mengeluh.
“Sejak
bila dia ni dah jadi pandai sangat??”
Angel duduk di bangku berhampiran gelanggang itu sambil
memerhatikan Ethan menjalani latihannya.Angel mengeluarkan telefon bimbitnya
serta menaip sesuatu.
“Ibu…Angel
balik lewat..Ada aktiviti di sekolah..Okay!Sent!”
Salah seorang junior dalam kelab bola keranjang itu
datang menghampiri Angel.Junior tersebut mengeluarkan sekuntum bunga melur dan
memberikannya kepada Angel.
“Untuk
Kak Angel…”
Angel tersenyum berat.
“Aaa…Okay..Hehe..Terima
kasih..”
“Kak
Angel,Kak Angel tau tak yang Kak Angel ni cantik sangat?Buat hati saya berdegup
kencang setiap kali saya memandang Kak Angel..”,kata Junior sambil memegang
dadanya.Angel ketawa kecil.
“Ye
ke?Hahaha..comellah awak ni…”
“Comel??Kak
Angel kata saya comel???Saya betul2…”
Tiba2,seseorang datang dan menolak kepala junior
tersebut.
“Kau nak
mengorat teman wanita senior kau sendiri ke??”,kata Ethan dengan nada yang
keras.
“Abang
Ethan!Tak2!!Saya…Saya…!”
Ethan menolak junior itu ke tepi lalu duduk di sebelah
Angel.
“Kau tu
baru 15 tahun..Kitorang ni dah masuk 17 tahun..Jadi,mengoratlah perempuan yang
sebaya dengan kau,okay?Pergi2…”
“Apa
salahnya?Cinta tu tak mengira usia..Betul kan??”,celah Angel.
“Memang
betul tu,Kak Angel!Saya setuju!”
Ethan lantas mengetap bibirnya tanda geram.
“Aishh!Budak!Kau
nak mati ke?!Pergi!!”,marah Ethan lalu menendang punggung junior
tersebut.Junior itu beredar dengan muka yang tidak berpuas hati.Angel hanya
ketawa berdekah-dekah.Ethan memandang Angel.
“Seronok
sangat ke??Lucu sangat ke??”
Angel memegang perutnya dan menahan ketawa.
“Ye..Seronok
sangat..Lucu sangat..”
“Pepandai
dia je cakap awak ni cantik..”,ujar Ethan lalu merenung kearah lain.
“Kenapa??Saya
tak cantik ke?”,soal Angel sambil memerhati raut wajah Ethan.
“Tak..Awak
tak cantik…Awak comel…”
“Cehh..awak
cemburu ke??Takkan laa dengan budak cam tu pun awak nak cemburu?”.Angel
mencucuk-cucuk pipi Ethan.
“Siapa
cakap??Tolonglah…”.Ethan melihat bunga yang di pegang oleh Angel. “Aishh!Bunga
apa ni?!”,kata Ethan lantas merampas bunga dari tangan Angel.
“Eh!Bagi
balik!Cantiklah bunga tu!”
“Alah..dia
kutip ni kat tepi padang sana tu laa…melambak!”.Angel memandang Ethan sambil
tersenyum.Ethan merenung Angel kembali.
“Kenapa??”
“Saya
suka bila awak macam ni…”
Ethan berdehem.
“Saya
sambung latihan dulu..”kata Ethan lalu meletakkan bunga tersebut di atas kepala
Angel dan berlari pergi.
Angel mengambil bunga dari atas kepalanya dan
tersenyum.Angel gembira kerana memiliki teman lelaki seperti Ethan.Minit
berlalu dan Angel masih duduk menunggu sehingga Ethan selesai menjalani
latihannya.
*
* * * * *
Angel menunggu Ethan di luar bilik persalinan
lelaki.Angel tersenyum sambil membaca mesej2 di dalam telefon bimbitnya.Entah
dari mana,junior yang sebelum ini datang lagi mendekati Angel.
“Kak
Angel…”
“Ahh!Terkejut
aku!”
“Maafkan
saya jika saya sudah mengejutkan Kak Angel..Tapi,Kak Angel tau tak yang
senyuman Kak Angel membuat jantung saya berdebar-debar?”
Angel kehairanan.
“Oh,ye
ke?Saya tak tau pun…”
Junior tersebut memandang Angel.Angel hanya memandang
junior tersebut dengan wajah kehairanan.
“Comelnya!!”,jerit
junior tersebut secara tiba2.
Ethan mendekati mereka lalu segera memusingkan kepala
juniornya itu.Juniornya mengaduh.
“Ah!Ah!!Sakitlah!Abang
Ethan!!Ah!Ah!!Sakit2!!”
“Sakit??Hati
aku lagi sakit..Kau ni tak serik2,kan?!”,bentak Ethan dengan pandangan yang
tajam.
“Ethan..sudahlah
tu..dia main2 je tu..”.Angel cuba menarik tangan Ethan dari kepala junior
tersebut.
“Kak
Angel!Saya serius!Saya tak main2!”
“Apa?!!”Ethan
memusingkan kepala junior itu dengan lebih kuat.Angel sekali lagi cuba
meredakan kemarahan Ethan.
“Ishh..Ethan..Dahlah
tu..Anak orang tu..Lepaskan dia…”
Ethan melepaskan kepala juniornya.Junior itu
menggosok-gosok lehernya.
“Ah..Sakitlah..Kalau
leher saya cedera,cam mana saya nak main bola keranjang?!”
“Jangan
main!Pergi mengorat je!”.Ethan menarik Angel ke sisinya. “Perempuan ni,aku yang
punya!Faham?!”
“Saya
takkan mengalah!!”,kata junior tersebut lalu berlari meninggalkan mereka.Ethan
cuba mengejar junior itu namun dihalang oleh Angel.
“Budak
tak guna!!”,marah Ethan.
“Dahlah..Jom
balik..Jangan pedulikan dia..”,pujuk Angel sambil menarik tangan Ethan.Ethan
muram dan berdiam diri sahaja.
“Ethan,saya
lapar…”
Ethan tersentak.
“Awak
lapar?!Yelah!Awak tak makan apa2 lagi kan?!Teruknya saya ni!Jom!Kita cari benda
yang awak boleh makan!”,kata Ethan lalu menarik tangan Angel dengan
segera.Angel tersenyum.
“Patutlah
awak ni makin hari makin kecil dan kurus saya tengok!Macam manalah saya boleh
lupa!”
Angel hanya mampu tersenyum memerhatikan Ethan membebel
seperti itu.Angel gembira kerana Ethan mengambil berat tentang dirinya dan
bersyukur Ethan ada untuknya.
*
* * * * *
Angel masuk ke kelasnya,A1seperti biasa.Angel meletakkan
begnya di atas kerusi.Ashley datang mendekati Angel.
“Selamat
pagi,Angel!”,ujar Ashley dengan senyuman.
“Selamat
pagi..Ash,Eve dah sampai ke?”
“Entahlah..Dia
kan kelas D4..Manalah aku tau..”
“Aku nak
pulangkan dia buku ni..Hari tu aku nak bagi balik,tapi terlupa pula..”,kata
Angel sambil mengeluarkan sebuah buku.Ashley mengambil buku tersebut dari
tangan Angel.
“Puzzle??Buku
apa ni??”
Angel mengambil semula buku itu dari pegangan Ashley.
“Hanya
orang yang rajin baca buku je tau..”
“Okay..”
“Dahlah..aku
nak pergi kelas Eve..”
“Kejap2!Aku
nak ikut!Aku nak jumpa Zaria juga!”,kata Ashley lalu mengikut langkah
Angel.Angel dan Ashley bergerak keluar dari kelas mereka menuju ke kelas D4.
“Yelah..Rasanya
kita dah lama tak lepak sama2,kan?Semua orang sibuk prepare untuk ‘Final Exam’
tu,kan?”,keluh Angel.
“Ha’ah..sekarang
ni bulan Mac..Jadi,tinggal 8 bulan je lagi..Takut juga aku..”
Angel tersenyum mendengar kata-kata Ashley sambil
melangkah masuk ke kelas Eve.
“Eve!Zaria!Selamat
pagi…!”,laung Ashley lalu berlari ke meja Eve dan Zaria.Sedang Angel
berjalan,tiba2 seseorang menghalang laluan Angel menggunakan kakinya.
“Hai…Baru
je jumpa tadi,takkan dah rindu kot..?”,usik Ethan.Angel tersenyum sinis.
“Alihkan
kaki awak..”
“Ehh…Ni
kelas saya..Suka hati sayalah..Awak nak apa jumpa saya ni??”
Angel ketawa sinis.
“Perasannya
awak ni!Siapa cakap saya nak jumpa awak?..”. Angel menjeling ke arah Ethan.
“Alihkan kaki awak…”.Ethan tetap bertegas untuk tidak mengalihkan kakinya.
“Awak
tak nak alihkannya?”,kata angel dengan nada yang serius.
“Okay…”,jawab
Ethan lalu mengalihkan kakinya.Angel menjeling tajam lalu berjalan menuju ke
meja Eve.
“Eve,sorrylah…Lambat
pulangkan buku ni…”. Angel menghulurkan buku tersebut kepada Eve.
“Tak de
apa2lah…”,jawab Eve lembut.
“Eve
tetap macam dulu..Tak banyak cakap..Zaria pun sama..Tetap macam dulu..Tak
berminat dengan lelaki..Korang ni kan…!”
“Ashley
tetap macam dulu..Banyak cakap dan selalu bertukar teman lelaki…”,celah Zaria
yang mengejek Ashley dengan nada yang selamba.
Ashley mengetap bibirnya,geram.Angel hanya ketawa melihat
telatah kawan2nya.Ashley menjeling Angel.
“Kau
ketawa,Angel??”
“Kelakar
laa..hahaha..”
“Korang
datang nak buat kecoh je ke??”,kata Zaria sambil meneguk air minumannya.
Ashley membalas,
“Ya2..Kami
pergilah ni..Dia ni..Cakap main lepas je…”
Tiba2 kedengaran suara membebel.Semua menoleh mencari
suara itu.
“Apa
yang kau membebel pagi2 lagi ni,Keith?Tak sahlah kalau kau tak buat bising
pagi2 cam ni..”,tegur Ethan.
“Ethan!Kau
tengok ni!Kau tengok majalah ni! ‘TEMAN LELAKI ELVY DIKENALPASTI!’..!”,kata
sahabat baik Ethan itu dengan wajah yang tidak berpuas hati.
Ashley berjalan mendekati Keith yang sibuk membebel.
“Kau ni
tak habis2 dengan Elvy ni!Apa cerita kali ni??”
“Tengok2!!Gambar
teman lelaki dia!Aishh!Taklah kacak pun!”,tegas Keith yang masih tidak berpuas
hati.Angel datang menghampiri Ashley dan Keith.Ashley lantas merampas majalah
dari tangan Keith.
“Wow!Tak
kacak??Gila ke??Kacak giler laa!!Macam modellah!Dia model juga ke?”.
“Tak
tau..Diorang cuma siarkan gambar tu je..Tak de maklumat pun tentang lelaki
tu.Ahh..Betul ke tu teman lelaki dia?Frust betul aku…”,kata Keith lalu mengeluh
panjang.
“Apa
yang kau minat sangat kat Elvy tu??Taklah cantik sangat..”,soal Ethan.
“Tapi
cantik juga kan??Haaa….”
“Angel,kacak
kan??Lelaki ni kacak kan??”,soal Ashley kepada Angel yang berdiri di
sebelahnya.
“Aaa…Kacaklah
juga…”. Angel tersenyum.Ethan menjeling tajam.
“Hey2..Siapa
yang awak kata kacak tu??Kat sini…!Orang kat sini jauh lebih kacak!”,kata Ethan
sambil menunjuk dirinya.Ashley meletakkan majalah di atas meja.
“Jom
pergi Angel..Loceng dah nak berbunyi..”,pelawa Ashley.
“Okay..”.
Angel hanya mendengar kata2 Ashley dan berjalan pergi keluar dari kelas
D4.Ethan bangun dari kerusinya.
“Hey,orang
kat sini jauh lebih kacak tau!!Kat sini!!Aishh…”,jerit Ethan.
“Dia dah
pun pergi…”,kata Keith selamba,sambil membaca majalah.Ethan menjeling geram ke
arah Keith.
*
* * * * *
Jam menunjukkan tepat pukul 1petang.Loceng menandakan
tamat waktu persekolahan bordering.Semua pelajar terburu-buru mengemas buku
masing2 dan ingin segera pulang.Koridor sekolah mula dipenuhi pelajar yang
bergegas pulang.
“Angel!Aku
balik dulu..Ada ‘date’..Hehehe..”,kata Ashley sambil tersenyum,melambai-lambai
ke arah Angel.
“Okay..Bye!!”.Angel
sibuk mengemas buku2nya.Ketua kelasnya yang berjalan ke pintu kelas untuk
balik,terhenti langkahnya.
“Angel,keluar
nanti jangan lupa tutup kipas dan pintu,ye?”
“Okay!Hati2
ye,ketua kelas!”. Angel menggalas beg sekolahnya lalu menutup tingkap,kipas dan
pintu kelas.Angel segera berjalan ke pagar utama sekolah.Angel memandang
sekeliling.Matanya liar mencari sesuatu.Tiba2 seseorang menarik beg galasnya
dari belakang.
“Ahh!!”.
Angel tersentak dan seketika kemudian menoleh.
“Awak
buat saya tunggu lama…”,rungut Ethan.
“Sorry
laa..Jom!Balik!”. Angel dan Ethan berjalan keluar dari kawasan
sekolah.Kedengaran seseorang menjerit memanggil nama Angel.Angel menoleh.
“Kak
Angel!”,jerit junior pada tempoh hari dan memberikan ‘flying kiss’ kepada
Angel.Ethan berpura-pura menangkap ‘flying kiss’ tersebut lalu menghancurkannya.Junior
itu terdiam.
“Woah..!Kejamnya!!”,kata
junior itu dan segera berlari pergi.Angel tersenyum.
“Dia
betul2 comellah..Siapa nama dia?”,soal Angel.
“Comellah
sangat..Entahlah..Kitorang panggil dia ‘satu’..Sebab dia kurus sangat..Macam
nombor 1 pun ada..”. Angel tertawa.
“Satu?”
“Ha’ah..Tapi
dia pelik kan??”
“Ya..Dia
pelik..Over romantic pun ada..”
“Kan dah
cakap dia tu memang pelik..Saya barulah romantik kan?”
“Entah..”
Ethan menghantukkan kepalanya dengan kepala Angel.Angel
mengaduh sakit.
“Ahh!!Sakitlah..Keras
betul kepala awak tu..”
“Awak
laa yang kepala keras..”
Angel menjeling.
“Nasib
baik awak tinggi..Kalau tak dah lama saya hantukkan kepala awak dengan kepala
keras saya ni!”
“Cubalah
10 tahun lagi..”perli Ethan sambil tersenyum.
“Awak
perli saya ke??”
“Kenapa??Awak
terasa di perli ke??”,kata Ethan dengan nada mengejek.Langkah Angel terhenti
dan Angel lantas duduk mencangkung sambil memegang perutnya.
“Ahh..Laparnya!!”
Ethan segera mencangkung di hadapan Angel dengan wajah
serius.
“Awak
lapar ke??Lapar sangat2 ke??Boleh tahan lagi ke?”
Angel tersenyum lalu berkata,
“Itu
memang kelemahan awak kan?”
“Apa?”
Angel lantas menghantukkan kepalanya dengan kepala
Ethan.Ethan mengaduh lalu terduduk.
“Ahh!!Sakitlah!”
Angel berlari pergi sambil menggosok-gosok kepalanya.
“Sakit
tau!”,jerit Angel lalu ketawa.Ethan menggosok-gosok dahinya.
“Kalau
dah tau sakit,kenapa awak buat juga?!Sakitnya…”. Ethan bingkas bangun dan mula
mengejar Angel.Angel menoleh ke belakang dengan pandangan sinis.
“Saya
pendendam,tau…”
Ethan terus mengejar Angel.Ethan memerhatikan Angel
berlari sambil ketawa.Ethan berjanji pada dirinya untuk tidak sesekali
membiarkan gelak tawa dari wajah Angel pudar tiap kali dia bersamanya.
*
* * * * *
Angel membuka pintu pagar rumahnya lalu masuk menuju ke
rumahnya.Angel tersenyum melihat Ethan yang turut berjalan menuju ke rumahnya.Rumah
Angel hanyalah bersebelahan dengan rumah Ethan.Ethan melambai-lambai ke arah
Angel.
“Jumpa
awak esok pagi!”,kata Ethan melalui gerak bibir.Angel tersenyum dan mengangguk
tanda ya.
Angel menghampiri pintu rumahnya lalu membuka pintu.
“Ibu,Angel
dah balik!”,kata Angel sambil membuka kasutnya.
“Oh,Angel
dah balik?”,jawab Pn.Rose,ibu kepada Angel.
“Ya..Eh!Aunty
Rina kan?”,soal Angel apabila melihat seorang wanita yang agak berumur duduk
bersama ibunya di ruang tamu.
“Ya..Kali
terakhir Angel jumpa dia tahun lepas kan?”
“Ha’ah..Apa
khabar,Aunty?”
Aunty Rina tersenyum melihat Angel.
“Khabar baik…Angel dah besar
dah..Semakin cantik..Tapi,kenapa kurus sangat ni?Ibu tak bagi makan ke?”
“Tak
delah..Mungkin sebab saya yang makan sikit sangat kot…Hahaha..”,jawab Angel sambil
tertawa.
“Apalah
adik ni..Takkan laa akak tak bagi dia makan..”,kata Pn.Rose
“Siapa
tahu kan,Angel?”
Angel tersenyum mendengar kata2 Aunty Rina.
“Okaylah,ibu,Aunty..Angel
naik atas dulu…Ibu dan Aunty sembanglah dulu..”. Angel berjalan menuju ke tangga
meninggalkan ibunya dan Aunty Rina.Langkah Angel terhenti apabila mendengar
bisikan Aunty Rina kepada ibunya.
“Angel
nak ke?Adik dah tak de pilihan lagi ni…”
“Sabarlah
dulu..Akak mesti tanya dia dulu..”
Angel menoleh ke arah ibunya.
“Ada
apa,ibu?”
“Aaa…Tak..Angel..Ibu
nak tanya..”
“Angel,Angel
nak bantu Aunty Rina,kan?”,celah Aunty Rina.Angel terdiam sebentar.
“Kalau
dapat,Angel mesti bantu punya…”,jawab Angel.
Aunty Rina tersenyum girang.
“Kalau
macam tu,Angel sudi tak gantikan tempat Aunty?Jadi pembantu rumah?Buat
sementara je…”
Angel terpaku buat seketika.
“Pembantu
rumah??maksud Aunty..Maid?!”
*
* * * * *
Next stanza~Stanza 2
. . .